Kira-kira 10 September yang lalu, aku telah terpilih untuk mengikuti kursus di IPA yang bertajuk
Program Bimbingan Penggerak Negara Zikir 2009.Program ini agak bagus, kerana di sana kami diberi pendedahan tentang pentingnya pembacaan Al-Fatihah dengan bacaan dan sebutan yang betul, memandangkan Al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca setiap rakaat solat waktu kita.
Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak bosan juga menunggu, kerana pensyarah yang ditunggu2 agak lewat sampai oleh masalah teknikal, kami merasa bertuah juga kerana telah diberi peluang untuk mengikuti kursus yang setengah hari itu :)
Mudah-mudahan hadirin yang hadir pada waktu itu termasuk aku, dirahmati Allah selalu kerana menghadirkan diri di Majlis Ilmu sebegitu, hopefully nanti, aku akan berpeluang lagi mengikuti kursus seperti ini di masa-masa akan datang.
